Khamis, 23 September 2021

Abai

Hari demi hari, penantianku, perasaanku, harapanku, kesabaranku kian menghilang.. satu demi satu kau berikan padaku dengan penuh kepalsuan.. kepalsuan dalam harapan.. dalam penantian.. pantaskah lagi untuk aku menunggu? pantaskah lagi untuk aku menanti mu kembali? mana kau campakkan hati ku zi? apa salah aku? tak layakkah aku untuk mu? harini aku menangis sebabkan hg.. sebabkan janji² hg.. sebabkan pengabaian hg..  🙂, tapi tak apa.. esok aku akan bangun dengan satu harapan yang baru.. yg mungkin akan meninggalkan segala kenangan bersama kau.. 

Selasa, 21 September 2021

Patah hati

Hari demi hari, sakit ini makin menyiksakan hati.. mungkin sudah tiba masanya untuk aku sendiri melangkah pergi walau tanpa ada kata perpisahan.. 
aku sendiri sudah faham.. 

bukan sekali atau dua kali,
kau selalu saja sakiti hatiku,
sudah berulang kali dirimu sentiasa aku maafkan,
hari² aku berharap kau berubah,
menghargai cinta aku..
menghargai Aku..

sejujurnya ku akui
aku sangat mencintaimu
kau tau kelemahanku dan semua isi hatiku,
hingga sesukamu saja memainkan perasaanku,
sampai bila lagi,
harus aku menanti?
harusku menunggu?
perubahan sikap dirimu yang selalu saja berbuat sesuka hati pada ku..
cubalah bayangkan
betapa tersiksanya hatiku..
tapi biarkanlah
demi keutuhan kita
biarlah aku yang mengalah
jika cinta ini bukan lagi untukku, 
aku redha dengan takdir Ilahi. 
pergilah, 
jangan engkau mencari aku lagi..
jangan pernah muncul dalam mimpiku lagi..
jangan pernah datang menunjukkan diri kau lagi.. dan jangan hubungi ku lagi, 
biarlah kalini aku mengalah demi kebahagiaan bersama.. 
yang ikhlas:
Aqilah🙂

Ahad, 12 September 2021

Tentang aku dan dia

Pernah dak hampa diabaikan?
Aku pernah..
First time kot..😂
salah aku ka? tapi kat mana salah tu? 

AKU YANG TAK MEMAHAMI, 
atau
DIA YANG TAK KURANG FAHAMI?

Dah berpuluh kali sabar, tapi apa yang aku dapat? DIABAIKAN ja.. Bukan sekali dua, dah berpuluh2 kali wey.. bila aku bunyi, kata aku ni tak paham dia.. aku taktau nak paham kot mana lagi.. bila aku cuba paham, dia duk ulang2 sampai 3,4 kali.. sekali 2 takpa lagi la.. ni kalau dah selalu sangat hampa pun sakit juga hati aku wey.  aku pun ada hati, tapi dia buat aku serupa takda hati.. aku tak suka ungkit benda² lama ni, tapi tula.. apa yang dia buat, dia tipu aku.. aku tau semua tu.. tapi aku diam ja.. nak tengok jauh mana dia nak tipu tu.. takmau mesej aku, call aku habaq.. aku pun tadak la nak kacau hg.. ni dak duk tipu² buat apa.. saja nak bg org duk beharap ka.. dapat apa duk biaq org beharap tu.. haa, hampa aku nangis ni.. 😢*lap air mata*..  Dah banyak kali aku pendam wey, aku rasa macam aku ni dah tehegeh² dah kat dia.. 

Tentang Hati Yang Terluka💔

Ini cerita tentang hati yang terluka..
Tentang rasa yang kecewa, 
bertahan dalam dilema,
Nak diluah entah pada siapa,
Pendam pun hanya bawa derita..

Mencuba untuk bertahan..
Menunggu dengan penuh harapan,
Tapi sakit yang kudapatkan.. 😭